Setiap wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan perlulah
mempunyai tujuan. Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan oleh penghasil wacana
tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. Sesuatu wacana perlu mempunyai
tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif. Tujuan ini akan menentukan
jenis wacana yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan
maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat Tanya, tetapi jika seseorang
itu ingin menyatakan atau menerangkan sesuatu, ayat yang digunakan ialah ayat
penyata. Akhirnya, tujuan tersebut akan menentukan jenis wacana yang digunakan.
Salah satu tujuan wacana adalah untuk menimbulkan interaksi
komunikatif. Hal ini bermakna kerana sesebuah wacana yang dihasilkan adalah
tujuan mewujudkan komunikasi antara penutur dengan pendengar Kedua-dua
komunikasi ini masing-masing terlibat dengan komunikasi lisan ataupun
komunikasi tulisan. Tujuan sesebuah wacana melibatkan dua aspek utama, iaitu
aspek tautan dan runtutan. Hal ini demikian kerana kedua-dua aspek ini
merupakan aspek penting dalam pembentukan sesebuah wacana supaya teks atau
wacana tersebut mempunyai makna yang jelas dan difahami oleh pembaca atau
pendengar.
Selain itu, tujuan dalam hubungan komunikasi antara dua hala ini penting supaya teks atau wacana yang dihasilkan oleh seseorang itu tidak menyimpang atau tidak difahami daripada makna asal teks itu dihasilkan. Penghasilan wacana yang bermakna dapat dihasilkan sekiranya seseorang penulis atau penutur dapat memahami atau menguasai dengan lebih jelas mengenai tujuan sesebuah wacana yang dibentuk. Seseorang penulis atau penutur perlulah mengetahui tujuan dalam penggunaan wacana serta menentukan jenis wacana yang hendak digunakan. Hal ini untuk memastikan agar wacana yang dihasilkan itu dapat menepati tujuan sebenar sesebuah wacana atau sesebuah teks dibentuk. Tambahan pula, sesebuah wacana yang dibentuk mempunyai perkaitan antara teks yang dibentuk. Dalam konteks ini, makna terbahagi kepada dua makna, iaitu makna dasar dan makna pragmatis. Makna dasar merujuk kepada makna yang ditanggapi tanpa mengambil kira konteks, manakala makna pragmatis pula merujuk kepada makna sebenar yang berpandukan konteks tertentu.
Tujuan wacana yang seterusnya ialah mendapatkan sesuatu maklumat. Hal
ini demikian, jika seseorang itu ingin mendapatkan maklumat dengan menggunakan
ayat tanya. Ayat tanya digunakan oleh penutur atau penulis untuk mendapatkan
maklumat yang lebih jelas dan terperinci mengenai sesuatu topik yang ingin
dibincangkan.
Contoh Ayat:
1.
Siapakah pemain bola sepak yang
handal itu?
2.
Bagaimanakah keadaan tangan Ahmad?
Berdasarkan contoh-contoh ayat di atas, ayat tanya digunakan untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Sebagai contoh ayat 1, Siapakah pemain bola sepak yang handal itu?, penutur dan penulis menggunakan ayat tanya untuk mendapatkan maklumat berkenaan pemain bola sepak yang handal tersebut. Contoh ayat 2, Bagaimanakah keadaan tangan Ahmad?, yang menggunakan ayat tanya untuk mendapatkan maklumat menganai tangan ahmad.
Menyampaikan Maklumat
Dalam penghasilan sesebuah wacana, penutur atau penulis akan
menggunakan ayat penyata untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Ayat penyata
ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk membuat satu pernyataan serta
mempunyai tujuan untuk menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu
perkara. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan.
Contoh ayat:
1.
Alia sekeluarga akan melancong ke
Istanbul.
2.
Ayah sedang berehat di ruang tamu.
Berdasarkan contoh ayat di atas, penulis atau penutur akan menggunakan ayat penyata untuk memaklumkan ataupun menyampaikan sesuatu maklumat. Contoh ayat 1, Alia sekeluarga akan melancong di Istanbul. Penulis atau penutur menggunakan ayat penyata untuk menyampaikan maklumat mengenai tempat Alia sekeluarga akan melancong. Contoh ayat ke-2 pula, Ayah sedang berehat di ruang tamu. penulis dan penutur menyampai maklumat mengenai tempat ayah sedang berehat.
Menjadikan Sesuatu Tindakan Berlaku
Tujuan wacana menjadikan sesuatu tindakan berlaku ini menggunakan
ayat perintah. Hal ini demikian kerana ayat perintah merupakan ayat yang
digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Terdapat empat
kategori ayat perintah, iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat
permintaan.
Contoh ayat:
I.
Ayat Suruhan
Ayat ini
digunakan untuk memberikan arahan atau perintah.
a)
Keluar dari kedai ini!
Ayat (a), Keluar dari kedai ini! merupakan ayat suruhan,
iaitu mengkehendaki pembaca atau pendengar mengambil tindakan untuk keluar dari
kedai itu dengan segera.
II.
Ayat Silaan
Ayat silaan
digunakan untuk menjemput atau mempersilakan seseorang. Ayat silaan ditandai
oleh kata silaan seperti sila, sudi dan jemput.
a)
Sudi jamah makanan ini.
Ayat (a). Sudi jamah makanan ini. Tergolong dalam ayat
perintah jenis ayat sudi yang mengalu-alukan pembaca atau pendengar untuk jamah
makanan itu.
III.
Ayat Larangan
Ayat larangan
ialah ayat yang digunakan untuk menegah seseorang daripada melakukan sesuatu.
Ayat larangan dibentuk dengan menambahkan kata jangan, usah atau tak usah di
depan kata kerja.
a)
Jangan buat bising.
Dalam
ayat a), Jangan buat bising, merupakan ayat larangan yang melarang
pembaca atau pendengar daripada berbuat bising kerana mungkin mengganggu.
IV.
Ayat Permintaan
Ayat permintaan
merupakan ayat yang menggunakan kata permintaan, seperti minta dan tolong dengan
tujuan untuk memohon permintaan dan pertolongan.
Ayat a), Tolong
tutup tingkap itu, tergolong dalam ayat perintah jenis permintaan. Ayat
tersebut meminta pembaca atau pendengar tutupkan tingkap itu.
Memerikan Teks
Menurut Henry Guntur Tarigan dalam Pengajaran Bahasa (1995:77),
tujuan wacana juga adalah untuk memerikan teks serta berupaya untuk menjadikan
teori wacana sebagai pegangan umum.
Tujuan memerikan teks untuk
memudahkan penutur atau penulis memahami serta memanfaatkan teks atau kelompak
teks. Hal ini bermaksud penutur atau penulis dapat memerikan teks bertujuan
untuk menghasilkan sesebuah wacana berdasarkan idea topiknya.
Selain itu, memerikan teks juga
bertujuan untuk memudahkan penulis membuat perbandingan antara teks-teks
ataupun bahagian-bahagian teks, di samping memudahkan penulis melihat persamaan
dan perbezaan yang terdapat dalam sesebuah wacana. Hal ini menjelaskan bahawa
seseorang penulis dapat menunjukkan dengan tepat mengenai sesuatu yang menjadi
ciri khas kepada sesebuah teks.
PENERIMAAN
Menurut Mohd Rashid Md Idris et. al., penerimaan merupakan salah
satu tahap yang terdapat dalam runtutun. Penerimaan melibatkan pendengar atau
pembaca. Penerimaan akan menilai tahap penerimaan dan pemahaman pendengar
ataupun pembaca. Tahap penerimaan seseorang akan tinggi sekiranya pendengar
atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang disampaikan, manakala tahap
penerimaan rendah pula ialah sekiranya wacana tersebut tidak difahami oleh
pendengar atau pembaca. Seseorang pembaca atau pendengar akan menentukan
sesebuah wacana yang dihasilkan oleh penulis mahupun penutur dapat difahami
atau tidak. Oleh yang demikian, pendengar atau pembaca merupakan penerima
sesebuah wacana.
TAHAP PENERIMAAN DALAM ANALISIS WACANA
PENERIMAAN TINGGI
Tahap penerimaan tinggi sekiranya seseorang itu menjadi pembaca
ataupun pendengar yang memahami sepenuhnya wacana yang diujurkan sama ada dalam
bentuk tulisan mahupun lisan. Tahap penerimaan menjadi tinggi apabila tahap
tujuan sama dengan tahap penerimaan.
Contoh ayat:
Pokok kari atau nama saintifiknya ialah Murraya Koenigii merupakan
sejenis pokok yang kecil, malar hijau dan ketinggiannya boleh mencapai 3 hingga
5 meter. Batangnya tidak begitu lurus, berdahan banyak dan bercabang-cabang.
Batang pokok kari ini adalah jenis kayu lembut ketika muda dan menjadi kayu
yang keras apabila dewasa. Daun kari mempunyai susunan yang bertentangan dengan
bentuk epiliptik berukuran 2 hingga 3 cm Panjang dan 1.0 hingga 1.5 cm lebar.
Daun kari ini akan membentuk silara yang agak rimbun. Daun kari ini mempunyai
bunga kecil yang berwarna putih.
Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat tersebut dianggap sebagai
sebuah wacana kerana membawa makna. Hal ini demikian kerana, ayat tersebut
menunjukkan bahawa penulis ingin menyampaikan sesuatu maklumat kepada pembaca
tentang sesuatu perkara, iaitu berkaitan dengan pokok kari. Tahap penerimaan
seseorang pembaca terhadap teks tersebut dapat dinilai kerana pembaca dapat
memahami tujuan penulis menulis wacana tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa
tahap tujuan seseorang penulis dengan tahap penerimaan pembaca adalah sama.
PENERIMAAN RENDAH
Penerimaan rendah merujuk kepada sesuatu ayat yang disampaikan oleh
penutur atau pembaca yang tidak bermakna. Tahap penerimaan rendah berlaku
sekiranya pendengar atau pembaca tidak dapat memhami sesuatu ayat yang tidak
bermakna. Hal ini demikian kerana ayat
tersebut tidak diketegorikan sebagai sebuah wacana.
Contoh ayat:
Persembahan deklamasi sajak oleh Aina sempena bulan kemerdekaan amat
menarik dan mendapat tepukan yang gemuruh.
Persembahannya begitu hambar dan membosankan.
Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat tersebut tidak mempunyai
kesinambungan dan tidak ada perkaitan antara ayat pertama dengan ayat kedua.
Sepatutnya apabila persembahan deklamasi sajak oleh Aina amat menarik dan
mendapat tepukan yang gemuruh, maka sudah tentu persembahannya tidak hambar dan
tidak membosankan. Contoh ayat tersebut telah memberi kekeliruan makna kepada
pendengar atau pembaca. Oleh itu, ayat di atas digolongkan sebagai tahap penerimaan
yang rendah kerana tahap tujuan penulis atau penutur tidak sampai dengan jelas
kepada pembaca atau pendengar.
Tahap Penerimaan
Tahap penerimaan terhadap sesbuah teks adalah bergantung kepada
pemahaman teks. Teks yang dibaca atau di dengar mestilah secara berurutan.
Tahap penerimaan yang tinggi pada kebiasaannya mempunyai tahap pemahaman yang
tinggi terhadap tujuan juga. Manakala, tahap penerimaan yang rendah pula dapat
dilihat apabila pembaca tau pendengar tidak memahami teks yang dibaca atau
diujarkan. Sekiranya ayat itu tidak bermakna serta tidak difahami pembaca atau
pendengar, ayat tersebut bukan dikategorikan sebagai sebuah wacana. Hal ini
kerana wacana tau teks yang tidak berurutan sukar untuk difahami. Apabila hal
ini berlaku, maka tahap penerimaan pembaca dan pendengar adalah rendah.
Tahap Kebolehbacaan
Kebolehbacaan merupakan tahap yang melibatkan aspek proses membaca
iaitu kefahaman dan kefasihan. Hal ini disebabkan kerana oleh pemahaman
bukanlah sekadar dikaitkan dengan makna-makna yang terdapat dalam tulisan
bercetak, tetapi ianya bergantung kepada kelancaran, kefasihan, tarikan dan
minat terhadap bahan yang dibaca. Hal ini penting kerana supaya pembaca atau
pendengar dapat memahami sesebuah wacana yang disampaikan oleh penutur atau
penulis. Tahap kebolehbacaan juga turut menegaskan tentang masalah pemahaman
terhadap pengetahuan makna dan juga frasa serta boleh menghubungkan bahan-bahan
yang dibaca dengan pengalaman seseorang. Oleh itu, aspek kebolehbacaan oleh
seseorang pembaca dalam tahap penerimaan sangat penting suapayadapat membaca
seseuah wacana dengan baik dan seterusnya dapat memahami tujuan wacana yang
ingin disampaikan.
%20-%20Word%2027_12_2022%2011_10_07%20PM.png)
%20-%20Word%2027_12_2022%2011_06_37%20PM.png)
No comments:
Post a Comment