STRUKTUR MAKLUMAT & TEMA

 

STRUKTUR MAKLUMAT

ØTerdapat pelbagai pandangan mengenai definisi struktur maklumat oleh tokoh-tokoh sama ada dari tanah air mahupun luar negara.

 

Ø 


 Walau bagaimanapun, unit ini haruslah membawa makna sesebuah wacana tersebut pada asalnya sebuah teks yang mempunyai makna. Struktur maklumat terbahagi kepada dua jenis maklumat

 


A.    MAKLUMAT LAMA

Maklumat lama merupakan maklumat telah diketahui dan ditandai dengan nada yang tinggi. Menurut Halliday (Mohd Rashid Md Idris, 2004:14), maklumat adalah berdasarkan konsep sudut pandangan penerima. Pandangan ini turut dipersetujui oleh Crystal (Mohd Rashis Md. Idris, 2004:14-15). Menurut Crystal, unsur-unsur yang diulang dalam konteks berikutnya berfungsi sebagai maklumat lama.

Menurut Pickering pula, maklumat lama adalah berdasarkan konsep ‘dibina semula’. Maklumat yang berjaya dikeluarkan setelah seseorang itu mendengar atau membaca sesebuah teks adalah maklumay lama. Maklumat lama dapat dikenalpasti apabila penyampai dapat merangsangkesedaran penerimanya semasa mengolah ujaran melalui pengetahuan yang dianggap milik bersama oleh kedua-dua pihak.

            Bagi mengenalpasti maklumat lama, terdapat tujuh penanda maklumat lama.

 

1.      Kaedah Perujukan

Merujuk kepada perkara perkara yang secara langsung dirujuk melalui teks dan rujukan yang dibuat itu dapat dikenalpasti melalui penggunaan kata ganti. Rujukan ganti nama diri melibatkan ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga.

            Contoh Ayat:

A.1 Amran dan Rogayah akan pulang beraya di Kelantan.

A.2 Mereka bercadang hendak bertolak pukul 7 pagi esok.

Ø  Dalam A.1, FN “Amran dan Rogayah” mengalami perubahan secara perujukan kepada kata ganti nama “mereka”.

 

2.      Kaedah Penggantian

Merujuk kepada sesuatu unsur yang disebut kemudian digantikan dalam bentuk baharu secara semantik ataupun nahuan.

            Contoh Ayat:

A.1 Ibu ingtkan kamu seorang sahaja terpilih.

            A.2 Rupanya mereka juga terpilih penyertai pertandingan itu ya.


3.      Kaedah Pengulangan Sebahagian

Perubahan kategori yang berlaku pada rangkai kata yang mengulang.

            Contoh Ayat:

A.1 Demi cinta yang membara         

A.2 Demi kasih yang mengharum

Ø  Dalam A.2 hanya mengalami perulangan sebahagian seperti A.1 iaitu “Demi cinta yang” sahaja.

 

4.      Kaedah Elipsis

Berlakunya penghilangan penyampaian maklumat atau amanat penulis. Kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah elipsis.

            Contoh Ayat:

            A.1 “Awak suka warna apa”? Tanya, Cikgu Salwa.

            A.2 “Merah”. Jawab, Ali dengan bersahaja.

 

5.      Kaedah Leksikal

Merujuk kepada pertalian antara ayat secara semantik. Setiap ayat yang mempunyai ikatan atau pertalian yang dihubungkan secara semantik.

            Contoh Ayat:

            A.1 Dari kecil lagi Sarah takut dengan katak, ular dan tikus.

            A.2 Kehadiran haiwan-haiwan itu menyebabkan dia lari lintang-pukang

Ø  Dalam A.2, FN “haiwan-haiwan itu” merujuk kepada meronim kepada FN “katak, ular dan tikus”.

 

6.      Kaedah Prafrasa

Merujuk kepada penyataan idea yang sama tetapi cara pengolahannya berbeza.

            Contoh Ayat:

            A.1 Yassin menjadi wakil bagi kategori renang perseorangan lelaki.

            A.2 Kategori renang perseorangan lelaki diwakili oleh Yassin


B.     MAKLUMAT BARU

Maklumat baru boleh difahami sebagai maklumat tambahan kepada maklumat lama. Menurut Sato Hirobumi (Rasyid Idris, 2004), beliau membahagikan maklumat baru kepada empat perkara iaitu, Membahagikan maklumat baru kepada empat perkara iaitu:

1.      Maklumat Baru Tambahan

Merujuk kepada maklumat baru yang ditambah berdasarkan maklumat lama yang muncul di titik permulaan perbicaraan ayat.

Contoh Ayat:

ML                     : MBT

Judul                  : Cerita

A.1 Atuk            : sedang mengait buah kelapa muda

A.2 Atuk            : membelah buah kelapa muda untuk mendapatkan air dan isinya.

 

Ø  Kata Nama “Atuk” dalam ayat 1 dan ayat 2 berfungsi sebagai maklumat lama. FK “mengait buah kelapa” dan “membelah buah kelapa” berperanan sebagai maklumat baru tambahan yang bersesuaian dengan peranannya sebagai cerita dalam ayat. FK tersebut berkait secara langsung dengan judul, maka ia dianggap MBT kepada judul.

 

2.      Maklumat Baru Konstratif

Merujuk kepada du atau lebih klausa berbeza dari segi semantik.

Contoh:

 

MB                              : MBK

Judul                           : Cerita

A.1Nama saya            : Aiman Bin Yaakob

A.2 yang kedua ini     : adik saya

Ø  Kata ganti nama “Aiman Bin Yaakob” dalam ayat satu merupakan MBK kepada judul ayat tersebut iaitu MB. Begitu juga dengan kata ganti nama “adik saya” juga merupakan MBK kepada frasa “yang kedua ini” dalam ayat kedua.

 

 

3.      Maklumat Baru Pemberitahuan Neutral

Merujuk kepada susunan maklumat yang tidak mengandungi sebarang maklumat lama yang disediakan dalam praanggapan.

Contoh:

 

MB                              : MBN

Judul                           : Cerita

A.1 Ku hanya             : mampu berserah (K1)

                                   : beserta doa harapan (K2)

Ø  Terdapar dua ayat yang berbeza klausanya, K1 dan K2 yang berperanan sebagai cerita kepada judul. Kehadiran klausa yang membezakan dari segi semantic menjadi penanda MBN dan frasa “ku hanya” merupakan judul (MB) kerana merupakan ayat terawal pada rangkap kedua lirik ini.

 

4.      Maklumat Baru Fokus

Merujuk kepada susunan maklumat yang melibatkan fokus pembezanya (maklumat baru) yang menduduki tema (judul).

Contoh:

 

MBF                            : ML

Judul                            : Cerita

A.1 Sangat rajin           : orang itu

Ø  Dalam ayat di atas, kata ganti nama tak tentu “orang itu” mengalami proses pendepanan predikat untuk berfungsi sebagai judul dalam ayat ini. Ayat ini boleh sahaja sekiranya tidak mengalami proses pendepanan cerita menjadi “Orang itu sangat rajin”. 

 

STRUKTUR TEMA

Ø  Menurut pendapat Halliday yang dipetik oleh Rashid Idris (2004:76), Struktur tema merupakan salah satu struktur yang bercirikan amanat. Menurut Sanad Md. Nasir, struktur tema ini dilihat sebagai sesuatu yang ada ciri klausa sebagai amanat (Rashid Idris, 2004:21). Tambah beliau lagi, klausa sebagai struktur amanat terdiri daripada tema dan rema. Tema merujuk kepada kategori formal sebagai unsur pada kedudukan awal klausa, titil mula klausa sebagai amanat. Manakala rema pula adalah yang selebihnya iaitu bahagian yang mengembangkan ataupun menerangkan tentang tema.



 



Ø  Struktur tema (ST) terbahagi kepada dua, iaitu berada di hadapan sebagai titik mula amanat dan merujuk kepada kategori formal sebagai unsur pada kedudukan awal klausa. Tema terdiri daripada kata nama, katan sendi nama dan kata hubung.

            Contoh Ayat:

Bil

Kata Nama

Ayat

1.

Masjid

Pak Mad dan Pak Usop bersama-sama ke masjid untuk solat jumaat

 

Bil

Kata Sendi Nama

Ayat

1.

Antara

Antara makanan yang dihidangkan oleh Amirah adalah sate

 

Bil

Kata Hubung

Ayat

1.

Dengan

Dengan sekuat hati, Faizah menjerit meminta tolong

 

STRUKRUR REMA

Ø  Rema pula merujuk kepada bahagian yang berfungsi untuk mengembangkan tema. Kebiasaannya, rema terletak pada bahagian belakang, yakni selepas tema.

 

1.      Pak Mad dan Pak Usop bersama-sama ke masjid untuk solat jumaat.

Huraian:-

Rema bagi klausa ialah frasa kata kerja “ke masjid”.

 

2.      Antara makanan yang dihidangkan oleh Amirah adalah sate.

Huraian:-

Frasa nama “sate” merupaka rema bagi klausa tersebut.

 

3.      Dengan sekuat hati, Faizah menjerit meminta tolong.

Huraian:-

Frasa kata namaFaizah menjerit meminta tolong” merujuk kepada rema bagi klausa di atas.

No comments:

Post a Comment