CIRI-CIRI WACANA

Ciri-ciri wacana terbahagi kepada 2 ciri utama wacana. Menurut buku tatabahasa dewan edisi ketiga (2015). Suatu wacana yang utuh mempunyai dua ciri utama, iaitu kohesi atau dikenali sebagai tautan dan koheren juga dikenali sebagai runtutan. Namun, terdapat juga ciri-ciri lain yang membantu menghasilkan wacana yang utuh. Menurut Mohd Rashid Md Idris (2004) telah membahagikan ciri wacana kepada koheren, kohesi, tujuan, maklumat, diterima, hubungan, andaian dan inferen, gaya dan maklumat tidak berlawanan. Asmah Hj. Omar pula dalam satu artikel pula menyatakan bahawa ciri wacana adalah satuan Bahasa terlengkap, mengatasi ayat atau klausa, teratur atau tersusun rapi kesinambungan. Kohesi lisan atau tulisan awal dan akhir yang nyata. Jelasnya, cici-ciri wacana boleh dikatakan terdapat tujuh ciri-ciri umum yang membantu menghasilkan wacana yang utuh iaitu runtutan, tautan, keadaan, interteks, struktur maklumat, tujuan dan penerimaan.

 

RUNTUTAN (KOHEREN)

Runtutan bermaksud koheren. Webster dalam Tarigan menyatakan koheran, adalah hubunngan yang sesuai atau kebergantungan antara satu sama lain yang rapi. Beranjak daripada hubungan alamiah bahagian atau hal lain. Senat Md Nasir dalam Mohd Rashid pula mendefinisikan runtutan sebagai susunan fikiran ayat secara logik atau kualiti kefahaman tentang sesuatu. Menurut Fj Angelo dalam Tarigan, runtutan terbahagi kepada penambahan, rentetan, kata ganti diri, pengulangan, sinonim, keseluruhan bahagian, kelas dan anggota, penekanan, hubungan keseluruhan dan bahagian, hubungan hasil dan kegagalan, hubungan perbandingan, hubungan ibarat dan hubungan tujuan.


 

TAUTAN (KOHESI)

Tautan bermaksud keserasian hubungan antara satu unsure linguistik dengan satu unsure linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Tautan juga bermaksud kesepaduan dalam penulisan. Keserasian hubungan ini dapat dilihat melalui hubungan antara suatu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat yang lain dalam wacana yang sama. Tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan sebahagian teks yang lain sehingga membentuk kesatuan. Menurut Halliday dan Hassan mendefinisikan tautan sebagai ciri-ciri linguistik yang membantu menghubungkan satu tautan ayat sehingga melahirkan suatu teks yang padu. Kedua-dua tokoh ini membahagikan tautan kepada pronominal, substitusi, ellipsis, konjungsi dan leksikal.

 

INTERTEKS

Interteks adalah pengetahuan sedia ada pembaca mahupun pendengar mengenai sesuatu perkara yang diperkatakan tahap penerimaan semakin tinggi apabila masyarakat semakin banyak mendengar dan membaca sesuatu maklumat. Melalui interteks, pembaca atau penerima akan lebih memahami tujuan wacana yang ingin disampaikan. Kefahaman seseorang terhadap sesuatu wacana yang dibaca atau didengar akan membantunya menghasilkan interteks.

            Interteks juga peerlu mempunyai pertalian. Dalam sesuatu ayat atau perrenggan, ayat sebelumnya atau perenggan sebelumnya mempunyai maklumat yang diperkatakan sebagai interteks. Interteks boleh dilihat melalui ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan serta buku.


 

KEADAAN

Ciri-ciri wacana keadaan ialah latar waktu Bahasa itu digunakan untuk membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu teks. Contohnya ungkapan “sila masuk”, difahami kerana digunakan dalam keadaan latar seseorang mempelawa orang lain masuk ke dalam bilik atau rumahnya. Menurut Nik Hassan Nik Basri, latar ialah keterangan atau gambaran persekitaran atau keadaan yang berkaitan atau yang meliputi perihal tentang masa, tempat, masyarakat atau suasana yang terjadinya suatu peristiwa dalam karya. Dalam kehidupan sehari-hari terdapat pelbagai jenis latar, contohnya latar rumah tangga, latar tempat kerja, latar tempat membeli-belah, latar beribadat dan pelbagai lagi.

 

STRUKTUR MAKLUMAT

Terdapat bebeapa tokoh yang memberikan pandangan terhadap struktur maklumat ini. Menurut Brown dan Yule, pandangan ini dipetik melalui Mohd Rashid Md. Idris (2007:78). Struktur maklumat merupakan unit terkecil dalam struktur wacana dan berfungsi sebagai unit local yang kecil pada peringkat frasa atau klausa. Namun demikian, unit ini perlulah membawa makna kerana sesebuah wacana itu pada asalnya ialah sebuah teks yang mempunyai makna. Selain itu, struktur maklumat juga memberi sumber kepada penutur ataupun penulis untuk memberitahu pendengar atau pembaca tentang status maklumat. Selain itu, menurut Halliday, pandangan ini juga dipetik melalui Mohd Rashid Md. Idris (2004:12). Struktur maklumat merupakan aspek yang termasuk dalam fungsi makna komponen tekstual selain menjadi sebahagian daripada organisasi tema wacana. Pendapat tokoh lain pula, melalui Sanat Md. Nasir, struktur maklumat merupakan struktur yang membina unit maklumat. Unit maklumat yang dimaksudkan ialah unit structural yang terdiri daripada maklumat lama dan juga maklumat baru.

TUJUAN

Tujuan merupakan salah satu tahap tuntutan. Tujuan dan penerimaan merupakan salah satu ciri penting dalam wacana yang sangat berkaitan dengan tautan dan runtutan. Setiap perkara yang diujarkan dalam bentuk lisan dan tulisan mestilah mempunyai tujuan atau objektif tertentu. Tujuan tersebut pula adalah ditentukan oleh penulis atau penutur itu sendiri. Sesuatu ujaran atau tulisan ini mestilah mempunyai tujuan untuk mewujudkan interaksi yang komunikatif. Akhirnya, tujuan tersebut akan menentukan jenis wacana yang digunakan

 

No comments:

Post a Comment