Terdapat dua pendapat yang mengulas tentang asal usul ‘wacana’. Pendapat pertama mengatakan bahawa ‘wacana’ berasal daripada kosa kata jawa, iaitu ‘wocono’. ‘wocono’ ini pula berasal daripada perkataan ‘woco’ yang membawa maksud baca. Pendapat kedua pula mengatakan bahawa wacana sebenarnya berasal daripada perkataan inggeris, iaitu ‘discourse’ yang berasal daripada Bahasa latin iaitu ‘discursus’ yang bermaksud ‘larian ke dalam lari’.
Secara
konsepnya, wacana melibatkan dua aspek yang penting iaitu proses dan produk.
Proses wacana ini melibatkan kognitif iaitu akal fikian kita semasa menghasikan
sesuatu wacana. Hasil yang diperoleh daripada proses wacana tadi boleh dilihat
dalam bahan yang boleh dibaca atau didengari. Wacana juga mempunyai struktur
yang dalaman dan luaran. Struktur dalaman merujuk kepada makna seperti tautan
dan runtutan. Bagi struktur luaran pula merujuk kepada struktur yang wujud
secara grafik atau fonik seperti struktur tema dan struktur maklumat.
Wacana
melibatkan jaringan ayat yang mempunyai Batasan, iaitu awal dan akhir. Antara
Batasan ini akan wujud jaringan ayat melalui susunan yang bermakna melibatkan
ayat awal dan ayat yang mengikutinya. Wacana juga merupakan kesatuan Bahasa
yang lengkap dan berada pada peringkat yang paling tinggi dalam pertuturan dan
penulisan untuk menyampaikan buah fikiran, perasaan dan lain-lain keperluan.
No comments:
Post a Comment