TEORI DAN MODEL WACANA

Kajian tatabahasa wacana lazimnya memfokuskan kepada pemerhatian analisis struktur di peringkat ayat dengan beranggapan analisis struktur di peringkat ayat dengan beranggapan bahawa ayat merupakan sebuah satuan yang terbesar dalam Bahasa atau satuan yang terbesar untuk deskripso tatabahasa. Menurut Mohd Rashid (2004: 31), sesuatu ayat yang diujarkan baik dalam bentuk lisan atau tulisan adalah berfungsi sebagai satu unsur dalam kesatuan yang dilahirkan oleh jalinan ayat yang menyampaikan maklumat tentang sesuatu topik. Menurut asmah (1987: 108) dalam buku Mohd Rashid, kesatuan ini memperlihatkan hubungan yang bergabung secara logik antara butiran fikiran dengan perkembangan aqliah yang ada di dalamnya, iaitu keteraturan fikiran (coherence) dan kesatuan ini diberikan nama wacana (discourse) atau teks. Manakala bagi senat Md. Nasir, persoalan keteraturan fikiran dalam wacana dipanggil runtutan. Ayat-ayat yang tidak mempunyai hubungan logik antara satu sama lain dan diletakkan secara berturut-turutan, kumpulan ayat ini tidak boleh dipanggil sebagai runtutan.

 

MODEL TAUTAN PINDAAN

Model tautan pindaan senat Md, Nasir (2002) menggunakan perkataan ‘pindaan’ dengan maksud asalnya ialah model halliday dan hassan (1976), tetapi telah mengalami penyusunan semula kerana ada aspek tautan yang tidak disentuh. Aspek itu ialah tautan perulangan prafasa, paralelisme, dan tautan perulangan struktur dan makan sama. Sanat Md. Nasir (2002) membahagikan tautan kepada tiga jenis utama, iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi, dan tautan penghubung ayat. Pembahagian ini bedasarkan ciri bentuk, fungsi, makna dan konteks. Skema jenis jawapan tautan utama dengan subjenis masing-masing.


 

TEORI ATQAKUM

Sanat Md. Nasir (1998: 122-124) beerpendapat bahawa teori-teori tatabahasa wacana sebelum ini tidak mempunyai asas yang kukuh kerana ketidakmampuan teori-teori ini melihat hubungan makhluk dengan penciptaNya. Khaliqnya. Bai memenuhi keperluan tersebut, wujud sebuah teori yang lebih ampuh dengan asas-asas yang kukuh, iaitu teori Atqakum. Teori Atqakum menggabungkan kepada diskripsi dan eksplonatori dengan keadaan kepada ‘atqakum’.

            Teori Atqakum mempunyai makna yang khusus, iaitu merujuk kepada makna bertakwa. Iaitu  teori ini menitikberatan supaya penutur dan pendengar Bahasa itu menjadi insan yang paling bertakwa di sisi Allah SWT. Bagi mencapai tahap ini, penutur Bahasa yang memaksimumkan fungsi utama Bahasa untuk berkomunikasi, perlu dilihat dalam kerangka ibadah (liya’budu). Dalam sebuah komunikasi, maklumat yang disampaikan haruslah jelas dan bersifat komunikatif (liyubayyina) yang sebaik mungkin menggunakan Bahasa pendengar. Bahasa juga berfungsi sebagai tekstual, iaitu menjadi ayat (tanda) bagi merujuk kepada kemahabesaran allah (Wakhilaf) bagi yang mengetahuinya.

            Dalam Teori Atqakum, mempunyai konsep ‘ alamma’ memperlihatkan perlunya Bahasa berfungsi untuk mengajarkan, iaitu oleh Alla kepada manusia. Perkara ini amat berkaitan dengan fitrah manusia yang bersikap lemah dan jahil. Teori ini mempunyai unit tatabahasanya, iaitu satu konsep yang lebih menyeluruh yang dikenali sebagai ‘wacana plus plus’. Dengan kesinambungan ini, dapat dilihat sesuatu yang terbaik yang juga dikenali sebagai Tatabahasa Wacana plus plus.


MODEL SATO HARIBUMI (RAHMAT ABDULLAH)

Terdapat pelbagai kajian berkaitan dengan wacana, iaitu dalam bentuk artikel, kertas kerja, buku, latihan ilmiah dan tesis sarjana. Pada mulanya ayat disifatkan sebagai analisis struktur yang paling tinggi dalam Bahasa atau satuan terbesar dalam deskripsi tatabahasa. Pada tahun 1990-an memperlihatkan penilitian tentang wacana Bahasa melayu berkembang pesat. Sato Haribumi atau Rahmat Abdullah merupakan ahli Bahasa yang telah giat dalam menganalisis bidang wacana. 

Rujukan: Mohd Rsyhid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob (2012). Tatabahasa Wacana. Tanjong Malim: Emeritus Publication.

No comments:

Post a Comment