TAUTAN (KOHESI)
Tautan (Kohesi) bermaksud keserasian hubungan antara satu unsur
linguistik dengan satu unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk
menghasilkan wacana yang lengkap. Tautan juga bermaksud kesepaduan dalam
penulisan. Keserasian hubungan ini dapat dilihat melalui hubungan antara sesuatu
perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat lain yang terdapat
dalam wacana tersebut. Tautan penting kerana dapat mewujudkan kesinambungan
antara sebahagian teks dengan sebahagian teks yang lain sehingga membentuk kesatuan.
Tautan juga merujuk kepada idea atau esei yang dijalin rapi hingga menjadi
bersepadu.Kohesi juga disebut sebagai organisasi sintaktik yang mana merupakan
wadah ayat-ayat yang disusun secara padu dan juga padat. Perkara ini bermaksud
kohesi adalah hubungan di antara ayat di dalam sebuah wacana tidak kira sama
ada dari segi strata gramatikal mahupun strata leksikal tertentu. Penguasaan
dan pengetahuan kohesi yang begitu baik akan dapat menghasilkan wacana yang
baik.
Menurut Halliday dan Hassan, "Cohesion is expressed through
the strata organization of language. Language can be explained as a multiple
coding system comprising three levels of coding or 'strata'. The semantic
(meaning), the lexicogrammatical (forms) and the phonological and orthographic (expression).
Meanings are realized (coded) as forms, and the forms are realized in turn
(recoded) as expressions. To put this in everyday terminology, meaning is put
into wording and wording into sound or writing." Hal ini
demikian, makna tautan itu dipecahkan kepada dua sudut, iaitu tautan nahuan dan
tautan leksikal. Kedua – dua nahuan ini wujud dalam kesatuan teks. Selain itu,
kohesi juga memperlihatkan jalinan ujaran dalam bentuk ayat bagi membentuk
suatu teks atau konteks dengan menghubungkan makna yang terkandung di dalam
unsur. Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan, tautan, kepaduan dan sebagainya
Berdasarkan Model Tautan Pindaan dikemukakan oleh Sanat Md Nasir. Perkataan ‘pindaan’ digunakan kerana pada asalnya model ini merupakan Model Halliday dan Hasan tetapi telah mengalami penyusunan semula, tambahan dan penekanan aspek-aspek tertentu dalam kajian tautan aliran sistematik (systemic Theory). Model Tautan Pindaan ini terbahagi kepada tiga jenis utama, iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi dan tautan penghubung ayat. Pembahagian tersebut dibuat berdasarkan ciri, bentuk, fungsi, makna dan konteks.
TIGA JENIS TAUTAN
RUNTUTAN (KOHEREN)
Sanat Md Nasir dalam Mohd Rashid (2018), telah mendefinisikan
runtutan sebagai susunan fikiran ayat secara logik atau kualiti kefahaman
tentang sesuatu. Runtutan dikatakan sebagai perantaraan idea yang menunjukkan
sesuatu idea atau fikiran dijalin dalam sebuah cerita atau peristiwa untuk
membentuk teks. Peristiwa atau cerita yang disampaikan mempunyai makna. Makna
adalah untuk menyampaikan bahasa atau tanda – tanda lain untuk mewakili dan
menyampaikan pengetahuan yang sebenarnya disampaikan oleh ujaran yang muncul
dalam sesuatu teks. Ringkasnya, runtutan merupakan idea yang terbentuk yang
digunakan untuk menyampaikan sesuatu dan idea tersebut mengandungi makna yang
ingin disampaikan.
Menurut F.J Angelo
dalam Tarigan, Koherensi atau runtutan terbahagi kepada penambahan, rentetan,
kata ganti diri, pengulangan, sinonim, keseluruhan dan bahagian, kelas dan
anggota, penekanan, perbandingan, pertentangan, hasil, contoh, paralel, lokasi,
dan waktu. Manakala menurut Harimurti Kridalaksana pula, beliau telah
membahagikan ciri runtutan kepada alasan dan akibat, sebab dan akibat, hasil
kegagalan, perbandingan, aditif temporal dan ibarat.
RUJUKAN
Mohd Rashid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul &
Adenan Ayob (2012). Tatabahasa wacana. Tanjong Malim:
Emeritus Publications.
H Mat Adnan. (2002). Kerangka Teoritis Tautan dan Runtutan. http://studentsrepo.um.edu.my/1946/5/BAB_2.pdf
%20-%20Word%201_1_2023%208_19_20%20PM.png)
No comments:
Post a Comment